Sebelum saya memulai memberikan penjelasan mengenai
BEKAM - Sunnah Nabi, saya akan mengulang pertanyaan yang di lontarkan oleh Syihab Al-Badri Yasin dalam bukunya kepada para pembaca.
“Apakah anda pernah mendengar istilah bekam?”
“Apakah anda pernah di bekam?”
Berbahagialah apabila anda menjawab, “Pernah”. Sebab dari maklumbalas yang ditujukan kepada kaum muslimin menunjukkan bahawa yang belum mendengar istilah bekam (atau istilah bekam yang sejenis) adalah sebanyak 80% sedangkan yang belum pernah di bekam adalah 90%.
Wahai Muslim dan Muslimah - Saya ingin menghadirkan di hadapan anda sebuah khazanah terpendam dan mutiara tersembunyi, Sunnah yang semakin dilupakan ramai umat Islam. Penyembuh kepada segala penyakit dengan izin Allah.
Islam Ajaran Yang Syumul -Islam adalah ajaran yang lengkap lagi komprehensif. Konsep kesempurnaan ini dikenali sebagai syumuliyah dalam islam. Hal ini dinyatakan Allah dalam surah al-Maidah ayat 3:
“Pada hari ini aku sempurnakan agamamu dan aku sempurnakan nikmat ku ke atas mu dan aku redhai islam menjadi agamamu”.
Hadith Pertama:
Diriwayatkan dalam Shohih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas” (Shohih Bukhari)
Hadith Kedua:
Dari Jabir Bin Abdillah ra ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda:
“Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat BEKAM, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan ’kay’ ” (Shohih Bukhari)
Hadith Ketiga:
Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi:
“Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan, kecuali mereka berkata, “Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!’ ” (Shohihul Jami’: 5671)
Hadith Keempat:
Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas’ud yang berkata:
Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan, ’Perintahkanlah ummatmu agar berbekam’
Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau,
“Ini (BEKAM) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia” (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)
Hadith Kelima:
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (BEKAM)” (Shahih Bukhari dan Muslim)Berdasarkan kepada hadith-hadith di atas jelaslah kepada kita bahawa BEKAM merupakan perintah daripada Nabi Muhammad SAW. BEKAM juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW (orang yang dikunjungi wajib menghormati orang yang mengunjungi).
BEKAM adalah nasihat emas dari para malaikat yang berbakti kepada ”penghulu manusia” pada malam yang diberkati. Adalah sangat tidak masuk akal sekiranya ummat islam mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!
Imam Al-Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Taysirul Fiqih lil Muslimil Mu’ashir oleh Dr Yusuf Qardhawi pada hal. 235-236:
“Al-Hijamah/BEKAM adalah termasuk fardhu kifayah. Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajipan dari yang lain”.
Dalil-dalil inilah yang menjadi green light bagi saya untuk terus menyelidik, mempelajari sekaligus mempraktikkan ilmu pengubatan BEKAM dalam kehidupan.
Saya perlu menyatakan bahawa terapi BEKAM adalah cukup sederhana iaitu pengumpulan darah dari kulit melalui hisapan pertama pada poin-poin istimewa dengan menggunakan alatan BEKAM. Kemudian penyayatan(tusukan) ringan dilakukan pada bahagian luar kulit, kemudian penghisapan sekali lagi, sehingga darah keluar dan
terwujudlah kesembuhan dengan izin Allah.